Kajian terperinci sebat di tempat terbuka

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang mengkaji secara terperinci hukuman sebat di tempat terbuka sebelum dapat dilaksanakan di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Jawatankuasa Sekretariat Hudud di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) diminta membuat kajian terperinci mengenainya.

Katanya kerajaan negeri berharap mendapat maklum balas daripada orang ramai mengenai cadangan itu.

“Hukuman sebat terbuka memang dibolehkan cuma Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II meminta Sekretariat Hudud di bawah Jaheaik membuat kajian dahulu.

“Tujuannya untuk mengetahui pro dan kontra hukuman sebat secara terbuka sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Pada persidangan Dun dua minggu lepas anggota Datuk Nassurudin Daud memberitahu kerajaan Kelantan akan membuat kajian bagi melaksanakan hukuman sebat 6 rotan pesalah zina di khalayak ramai untuk menimbulkan rasa gerun orang ramai.

Sebelum itu Adun Tawang Datuk Hassan Mohamood mencadangkan kerajaan negeri menjalankan hukuman sebat enam rotan ke atas kesalahan zina di tempat terbuka.

Tahun lepas Mahkamah Tinggi Sabah menjatuhkan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang disabit kesalahan zina di perkarangan mahkamah dengan disaksikan 40 jemputan khas.

Mohd Amar berkata, Jaheaik dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) akan membuat kajian berhubung perkara itu.

“Tempat juga perlu dikaji kesesuaiannya sama ada di masjid, padang, hadapan mahkamah atau sebagainya,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/3/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kejohanan Muay bermula solat Isya berjemaah

KOTA BHARU:Kejohanan Muay Kebangsaan 2016 with “The Best Of Kelantan Fighters” yang berlangsung malam ini bermula dengan solat Isyak berjemaah. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dijangka mengimamkan solat berkenaan di Stadium Sultan Muhamad ke IV. Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) Ahmad Fadhli Shaari berkata, solat Isya berjemaah […]

Subscribe US Now