Kakitangan kerajaan jangan selewang wang, tugas

KAKITANGAN kerajaan diingat tidak terjebak dengan penyelewangan kewangan dan saluran tugas sekiranya ingin berkat dalam mencari rezeki.

Pendakwah terkenal Ustaz Haslin Bahrin atau Haslin Bollywood, berkata walaupun rezeki halal, ia belum tentu berkat.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ceramahnya yang bertajuk ‘Kerjayaku Berkat, Hidupku Penuh Rahmat’.

Program ‘Kursus Kecemerlangan Kerjaya dan Rumahtangga Siri 2’ itu diadakan di KTC, anjuran Urusetia Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Lebih 1,000 kakitangan awam, badan NGO dan suri rumah hadir pada majlis itu.

Jelasnya, walaupun rezeki halal belum tentu ia berkat.

“Kenapa saya kata demikian, kerana sewaktu kerja kita tidak menjalankan amanah dengan sempurna.

“Kita curi tulang, kita gunakan masa kerja untuk berniaga dalam talian, tuntutan kerajaan hanya RM5,000 kita buat lebih dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau memberitahu, tindakan kakitangan kerajaan yang melencong ke tempat lain sewaktu bekerja untuk urusan peribadi juga tidak baik.

Tambahnya, kerana tindakan sedemikian gaji yang diperolehi setiap bulan tidak berkat.

“Kerana tindakan sebegini menyebabkan antara punca anak-anak menjadi nakal, keluarga tidak harmoni dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi.

Turut berucap pada majlis itu, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Ustaz Saibon Ismail. – HARAKAHDAILY 27/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook48Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment