KALA FEST 2019 Perkasakan Peranan Usahawan Kelantan

webmaster

KOTA BHARU– Kelantan Authentic Lifestyle and Arts atau dikenali sebagai KALA, merupakan trade mark bagi program-program promosi dan keusahawanan di bawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Usaha di bawah bumbung jenama KALA ini akan menjadi pemangkin kepada usaha memajukan usahawan Kelantan untuk terus berusaha memajukan diri bagi mencapai status usahawan berjaya.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, KALAFEST 2019 ini amat signifikan dan bertepatan dengan masa serta selaras dengan hasrat kerajaan negeri iaitu untuk terus memperkasakan lagi peranan usahawan dalam memajukan ekonomi Negeri Kelantan.

“Kerajaan negeri juga telah merangka strategi dan usaha-usaha bersepadu bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi dan kehidupan usahawan Kelantan ke arah pencapaian yang lebih baik. Ini kerana para usahawan dan kita semua mempunyai peranan dan pengaruh yang cukup signifikan dalam kehidupan keluarga, masyarakat, negeri dan negara.

“Pada awal tahun ini, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif menubuhkan Majlis Pembangunan Usahawan Kelantan (MPUK) yang bertanggungjawab menjadi payung teduhan kepada para usahawan Kelantan,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian KALA Fest 2019 di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan PKINK, Mohamad Nasriff Daud.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menyediakan pelbagai bentuk insentif dan bantuan lain untuk memperkasakan para usahawan di bawah jenama KALA di pelbagai peringkat.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri juga akan terus komited untuk menggerakkan agenda pembangunan dan pemerkasaan usahawan agar mereka dapat menyumbang dengan lebih aktif kepada pertumbuhan ekonomi, meningkatkan produktiviti dan menikmati taraf kehidupan lebih baik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, KALA FEST pada kali ini berjaya mengumpulkan seramai 103 penggerai atau usahawan tempatan dan luar negeri.

“KALA FEST ini mampu memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan dan luar negara tentang budaya dan produk Kelantan selain memberi ruang dan peluang kepada usahawan mikro untuk menjana pendapatan dan menambahkan jaringan kenalan,” jelasnya.

Tambah beliau, Konsep yang ditampilkan oleh KALA juga mampu untuk mengukuhkan jenama KALA PKINK, selain berjaya mempromosikan produk dan budaya asli Kelantan. Melalui program ini juga, kita dapat menyediakan platform untuk usahawan-usahawan IKS memperluaskan pasaran perniagaan mereka dan sebagai jaringan antara agensi-agensi terlibat dengan usahawan-usahawan tempatan.

Dalam perkembangan sama, turut berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Of Intention To Collaborate Antara Arisprop Holdings Sdn Bhd & Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dan juga Majlis Pelancaran “Nuc Car & Nuc Food” dan “Satay Jeliro”.- FB Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan – PKINK 24/4/2019

Sumber: https://www.facebook.com/sedckelantan/posts/2162330473845272

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

380 guru Yik dinaik skim perkhidmatan

KOTA BHARU: Seramai 380 guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) menerima tawaran kenaikan skim perkhidmatan mereka. Guru ganti ditawar skim perkhidmatan guru elaun dan guru elaun kepada guru sandaran. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, usaha tersebut turut melibatkan naik taraf […]
KOTA BHARU: Mengambil kira dasar pendidikan tinggi Islam di negara ini tidak menepati nilai sebenar, Kelantan cuba mengisi kelompangan itu

Subscribe US Now