KRONOLOGI ISU KAMPUNG LAUT, TUMPAT
KAMPUNG WARISAN : SATU PENCERAHAN BUAT YANG TERKELIRU (Edisi 1)
Dakwaan Wakil Rakyat Membisu Seribu Bahasa adalah berniat jahat
13 Oktober 2015
Dalam satu sesi soal jawab dan dialog semasa majlis ( Santai Anak Muda) yang diadakan di kedai kopi (abe aziz) kg Laut, seorang pemuda bangun mengemukakan satu persoalan apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan khususnya anak muda.
Response daripada Ybrs. Ust Wan Roslan Wan Hamat ( setpol MB) Insyaallah Kerajaan dalam usaha merancang membangunkan kg. Laut untuk dijadikan kampung warisan, dengan pembangunan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk khususnya anak muda.
12 November 2015
Majlis santai bersama YAB Dato MB di kedai Kopi Belia, kg. Laut ada menyebut tentang perancangan Kerajaan mengenai kampung warisan. Turut hadir Ust Wan Roslan Wan Hamat ( Setpol MB ) Penggawa, Penghulu dan Pemuda.
November 2015
YAB Dato MB Kelantan mengunjungi Tuan Hj. Nordin (Ketua Pas Caw. Kg.Laut) memenuhi jemputan (pd majlis kenduri kesyukuran) di kediaman beliau. Dalam pertemuan yang hanya beberapa minit itu YAB Dato MB telah memberitahu kepada Tuan Hj. tentang perancangan pembangunan di kg. Laut untuk dijadikan Kampung Warisan. Tuan Hj. mencadangkan kpd YAB Dato MB agar datang bertemu dgn penduduk kg.laut terlebih dahulu, kerana ia melibatkan tanah HAK MILIK penduduk.
Dalam tempoh tersebut YAB Dato MB sebagai wakil rakyat di situ kerap kali @ sering kali turun di kg. Laut dan telah memaklumkan kepada imam masjid, penggawa, penghulu dan penduduk samada dalam kuliah maghrib di Masjid kg. Laut ataupun kedai2 kopi tentang perancangan kampung warisan ini.
Pada asalnya, hasrat YAB Dato MB ingin membuat perbincangan dan perjumpaan dengan penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah. Namun pada ketika itu kerajaan melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) belum mengenal pasti lagi dengan tepat tanah dan siapakah yang terlibat. Jadi tak kan nak bincang dengan…..?
13 – 15 Mac 2016
22 – 23 Mac 2016
YAB Dato MB dimasukkan ke dalam Institut Jantung Negara (IJN) akibat masalah jantung.
13 April 2016
Sebagaimana diketahui umum, kita dikejutkan YAB Dato MB dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akibat pendarahan di kepala dan selepas daripada pembedahan, doktor menasihati YAB Dato MB untuk berehat buat beberapa bulan. Rintitan dari situlah, hasrat YAB Dato MB untuk buat perjumpaan dan perbincangan secara rasmi dengan penduduk tergendala.
Memetik dalam satu kenyataan “MB diam membisu seribu bahasa, langsung tidak ada pertemuan dgn rakyat diadakan”, adalah satu tuduhan yang sengaja direka dan tidak berasas untuk mengaibkan YAB Dato MB di mata rakyat.
Penjelasan awal ini akan disusuli dengan maklumat lain dalam edisi seterusnya.
Oleh :
Ustaz Hushaimi Abu Amni
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat