Kampung Warisan tingkat ekonomi penduduk

webmaster

TUMPAT: Usaha kerajaan negeri mewujudkan Kampung Warisan di Kampung Laut bagi meningkatkan lagi ekonomi penduduk tempatan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, industri serunding di kampung itu dapat diperkembangkan lagi melalui penyediaan prasarana yang lebih teratur.

“Kampung Laut sudah lama dikenali masyarakat luar Kelantan dengan perusahaan serunding. Jadi kerajaan negeri akan mempertingkat prasarana yang lebih baik,” katanya ketika melawat kilang memproses sambal daging di Kampung Laut, semalam.

Sebelum ini segelintir penduduk yang dipercayai didalangi parti serpihan membantah usaha kerajaan negeri membangunkan Kampung Warisan di Kampung Laut.

Tahun lepas mereka mengadakan demonstrasi membantah projek berkenaan di hadapan Kota Darulnaim.

Menteri Besar turut menyertai gotong royong membersih kesan-kesan banjir di Dataran Purnama akibat banjir baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 31/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hodohnya gambaran penolakan Akta 355

KOTA BHARU: Isu pindaan Akta 355 boleh dijadikan contoh kecil bagaimana sukar dan hodohnya gambaran penolakan sesetengah pihak terhadap usaha umat Islam mahu memartabatkan agama mereka. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata ledakan penentangan begitu kuat gegarannya ketika ribuan lagi orang Islam mahu mengembalikan syiar Islam. […]

Subscribe US Now