Karnival Bio Kelantan Berlangsung 5 Hari Di RTC Tunjung

KOTA BHARU– YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan MB Kelantan telah merasmikan Program KARNIVAL BIO-KELANTAN 2019 yang dianjurkan menerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau & Alam Sekitar di bawah Kerajaan Negeri Kelantan.

Penganjuran Karnival Bio-Kelantan pada kali ini bertempat di RTC Tunjong. Pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menyediakan kemudahan tempat karnival tahun ini yang merupakan acara tahunan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dalam pembangunan dan pelaburan industri bioteknologi. Karnival ini akan diisi dengan pelbagai acara seperti seminar, bengkel dan pameran.

Tahun ini merupakan tahun ke-lapan penganjurannya. Karnival Bio-Kelantan kali ini akan mengetengahkan industri kelulut, kerana itu satu konvesyen kelulut akan dianjurkan bersempena Karnival Bio-Kelantan 2019. Acara ini mampu menarik pelabur dan bakal usahawan menceburi bidang bioteknologi sekaligus mengembangkan industri ini di Kelantan.

Pada tahun lepas, Karnival Antarabangsa Bio-Kelantan 2018 telah berjaya menarik sekitar 6,000 orang pengunjung sepanjang lima (5) hari program yang melibatkan wakil daripada Thailand, Korea Selatan dan juga Linxia, China.

Semua netizen dialu-alukan hadir bagi melihat acara menarik Karnival yang bermula 10. –FB DATO’ AHMAD YAKOB 10/4/2019

Sumber: https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/1000449280145189

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
50Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment