Karnival ICT: Mosti beku, Kelantan anjur

ictKOTA BHARU: Biarpun program anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dibekukan, namun kerajaan Kelantan tetap menganjurkan Karnival ICT dan Usahawan Online 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrustruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata kerajaan negeri mengambil alih tanggungjawab itu.

Katanya, internet amat penting kepada dunia hari ini kerana semua urusan banyak terkandung di dalamnya.

“Sama ada mencari kerja, semakan tander, pelajaran, perniagaan dan berbagai lagi sekarang menggunakan internet,” katanya di sini.

Karnival berkenaan akan diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC) Kota Bharu bermula 27 hingga 29 Oktober ini.

Hanifa juga berkata kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM150,000 bagi menjayakan program berkenaan, dijangka mampu memberi pulangan hasil dianggar RM200,000.

Tahun ini kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM400,000 berkaitan bidang ICT dan teknologi maklumat.

Menurutnya juga karnival berkenaan merupakan sebahagian program Pembangunan Sains dan Teknologi bagi memberi pendedahan masyarakat berkaitan sains teknologi. – HARAKAHDAILY 18/10/2016

(Visited 3 times, 1 visits today)

Add Comment