KOTA BHARU: Orang ramai di negeri ini berpeluang mendalami kepentingan makanan dan perubatan sunnah sebagai sebagai kaedah alternatif merawat pelbagai jenis penyakit.
Karnival mengenainya akan diadakan pada 14 hingga 19 Oktober ini di pusat membeli belah AEON Mall, Bandar Baru Lembah Sireh.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Ustaz Abdul Malek Abdul Karim berkata, Karnival Toyyiban Pemakanan dan Perubatan Sunnah Satu Alternatif itu dianjurkan MPKB-BRI dengan kerjasama Islamic Tune.“Kita ingin memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pemakanan dan perubatan sunnah sebagai alternatif merawat pelbagai jenis penyakit,” katanya di sini.
Sempena karnival itu akan diadakan ceramah berkaitan kesihatan dan kelebihan memakan perubatan sunnah akan disampaikan Pensyarah Jabatan Syariah Unisza, Dr Fauzi Yusoh dan Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah Fakulti Perubatan Unisza, Profesor Dr Harmy Mohamaed Yusoff.
Karnival kali kedua itu turut menyediakan sebanyak 17 gerai jualan termasuk kurma, madu dan minyak zaitun.Selain itu rawatan sunnah seperti berbekam dan refleksologi juga disediakan.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dijangka merasmikan karnival berkenaan 15 Oktober ini. Mereka yang berminat menyewa gerai boleh menghubungi Faizul di talian 017-2540069. –HARAKAHDAILY 11/10/2016