Kata Kelantan miskin tapi tiada peruntukan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Fadhli Shaari meluahkan rasa kecewa kerana tiada projek khusus untuk negeri Kelantan dalam pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menurutnya, sebelum ini Menteri Kewangan ada menyebut Kelantan adalah negeri gagal, miskin dan sebagainya, tetapi tiada satu pun peruntukan yang digariskan untuk negeri itu dalam Belanjawan 2019.

Katanya, berdasarkan kepada pembentangan awal nampak seolah-olah mempunyai kecenderungan untuk menganaktirikan Kelantan.

“Di manakah peruntukan khusus untuk pembinaan lebuh raya, pembesaran lapangan terbang dan sebagainya.

“Saya nampak seolah-olah di sana adanya hasrat untuk menganaktirikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang ditadbir oleh PAS,” katanya kepada Harakahdaily selepas selesai mendengar pembentangan Belanjawan 2019 di parlimen, semalam.
a
Tambahnya lagi, pembentangan belanjawan kali ini tidak menyatakan dengan jelas anggaran pendapatan dan defisit.

“Kebiasaannya dalam pembentangan menteri akan membuat satu penjelasan adakah bajet ini ‘surplus’ mahupun defisit dengan menyatakan anggaran pendapatan.

“Tapi kali ini tidak disebut dengan jelas. Ini merupakan satu helah tersembunyi yang kita agak ada benda lain ingin dilakukan,” katanya.

Ahli Partimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, pembentangan belanjawan kali ini tidak menampakkan pembangunan wilayah seimbang yang telah digariskan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Katanya, dalam Kajian Separuh Penggal RMK 11 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini ada meletakkan agenda yang besar iaitu Pembangunan Wilayah Seimbang.

Jelasnya, apa yang dapat dilihat pembangunan di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu masih lagi tidak diseimbangkan oleh kerajaan.

“Tiadanya projek pembangunan untuk Pantai Timur dinyatakan, khususnya untuk negeri Kelantan yang tidak disentuh langsung dalam pembentangan ini.

“Jadi dapat dilihat keseimbangan pembangunan wilayah masih lagi tidak tercapai kerana dapat dilihat Kelantan dan Terengganu seolah-oleh dipinggirkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8619-kata-kelantan-miskin-tapi-tiada-peruntukan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment