Disaat selempang anugerah Tokoh Saidatina Khadijah 2016 masih terasa ditangan dan disaat buku Sinar Thurayya di Serambi Mekah belum khatam dibaca, diketika suasana sambutan Hari Saidatina Khadijah Peringkat Negeri Kelantan dengan kehadiran tetamu luar negeri dan negara yang datang dengan tambang dan belanja sendiri semata2 untuk meraikan wanita Kelantan dan khususnya wanita hebat ini masih lagi terasa kemeriahan dan indahnya ukhuwwah, kita dilempang dengan perlecehan dan ejekan di alam maya dari seorang penulis yang pernah menyanjung TGNA kini menghina isteri kesayangan TGNA.
Betapa kenyataan ini mengguris tajam , menghina dengan darjat paling rendah seolah2 TGNA tak pandai atau lupa mendidik isterinya ini dan isteri kesayangan ini pula ” tak makan ajar” kerana setelah hampir 53 tahun bersama TGNA dia masih mentah politik.
Datin Bentara Setia adalah wanita Kelantan istimewa yang biografi dirinya ditulis khas dalam dua buah buku “bidadari dari Timur” dan ” Sinar Thurayya di Serambi Mekah” kerana kesantunan budinya melayari gelombang besar dalam pelayaran bersama nakhoda kapal yang ” survive” tanpa apa2 kontroversi sepanjang 50 tahun sebagai isteri ulama dan YB disaat PAS kalah dan PAS menang tanpa kerenah dan ulah.
Dia wanita yang dipuji suami sebagai isteri yang tak pernah membantah atau menyanggah suara mahupun arahan suami sepanjang hidupnya lalu menjadi pemangkin kejayaan politik Islam yang diterajui suaminya.Dia wanita yang melahirkan 10 anak 5 lelaki 5 perempuan lulusan universiti dan berjaya dalam hidup masing2 walaupun ayah mereka sibuk berdakwah dan berpolitik sepanjang masa siang malam sehingga menutup mata diatas katil pada malam Jumaat yang takkan kita semua lupakan.
Wanita ini tak pernah mungkir hadir mesyuarat semasa menjadi ajk dewan muslimat PAS DUN Cempaka, Kawasan Pengkalan Chepa dan Negeri Kelantan sejak muda sehingga kini masih aktif berprogram dan berusrah.
Dilantik menjadi pengerusi Purnama selama 26 tahun dan YDP Perkim dan tak pernah menolak menjadi tetamu NGO dalam mana jua program.Tahu tatasusila berpakaian dan pandai membawa di suasana kampung mahupun istana.
Tak alah dalam bergaya sopan dan sering menasihat dan menjadi pemerhati kritis dan membangun.Sering menyumbang dengan wang sakunya sendiri utk keperluan muslimat dan berwawasan tinggi dengan membeli tanah hasil duit tabungan dan sumbangan ahli keluarga untuk tapak bangunan muslimat sendiri.Dia mempunyai yayasan sendiri yang diuruskan demi kebajikan rakyat. Bekerja dengan suara perlahan tapi mengesankan dan berkesan. aura kehadirannnya akan membahagiakan orang disekeliling. berhati2 dalam pertuturan dan hikmah dalam keputusan dan pilihan.disaat orang lain berkeras dan bermusuh dengan seteru , dia melunakkan hati lawan dengan senyuman ikhlas dan menyajikan suguhan buat semua tetamu yang hadir tak putus2 hatta ketika saat paling sedih pemergian tok guru.
Soalnya kini apalagi politik yang diinginkan untuk dijayakan oleh seorang isteri pemimpin agung sepertinya. Perlukah dia membuat ucaptama dipentas politik dengan kenyataan kontroversi baru dia dianggap “pintar politik”.
Adakah sesiapa yang membuat tuduhan atau analisa mengenai batang tubuh ini mengguna pakai kayu ukur anak isterinya sendiri atau wanita2 dalam parti lain sebagai KPI aktif dan bijak politik. Perlu diingat beza personaliti antara Asiah, Mashitah, Khadijah, Fatimah, Khansa’ dan Asma didalam sirah Islam. Masing2 memainkan peranan politik dari sudut yang berbeza.
Mencucuk duri ke jasad mantan Wanita pertama Kelantan ini ibarat menombak tembus hati para wanita Kelantan. Setitis air mata DBS yang mengalir turun akibat fitnah dan provokasi jahat ini setelah kematian suaminya ibarat darah luka pedih yang meninggalkan parut di hati wanita khususnya muslimat Kelantan!
Jangan kerana DBS tak ikut jejak yang parti lain mahu maka dia dianggap tak tahu apa dan hanya hidup bertuhankan cinta pada TGNA .Wanita ini tak tinggal solat jamaah dan tahajjud sepertimana jua suaminya.
Andai mahu meneruskan fitnah ini maka jangan lupa anda berhadapan dengan goncangan hati 1 juta anak2nya ahli PAS seluruh negeri dan negara. Saat bonda mereka dihina dan dimalukan dalam dunia tanpa sempadan. Wasiat Nabi saw dalam sabdanya agar memuliakan wanita dan ketika semua pihak dan parti didunia berusaha gigih menghormati dan memartabatkan wanita rupanya trend pimpinan utama parti baru ini menghina wanita. Pelik tapi benar!
Alhamdulillah dengan ayatnya dan postingnya sendiri maka Allah Taala menyerlahkan bau hati batinnya yang memperlekehkan wanita semulia DBS . Benarlah pepatah “Bangkai kerbau tak boleh ditutup dengan sayap nyamuk”
Ayuh wahai DBS kami saksi perjuangan, pengorbanan, kebijaksanaan dan hikmahmu demi Islam politik, sosial dan ekonominya! Kekallah dengan imej dan peribadimu agar Dirimu semulia Khadijah! Kau tetap Khadijah Moden di mata kami bondaku!
Saksi, Sahabat dan anakandamu dalam Perjuangan,
Mumtaz Md Nawi
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat Negeri Kelantan
19/8/2016