Kaum Cina diami Kelantan lebih 1,400 tahun

editor4

KOTA BHARU: Penempatan masyarakat Cina di Kampung Pasir Parit, Chetok, Pasir Mas wujud lebih awal berbanding kehadiran Puteri Hang Li Po di Melaka.

Kajian yang dilakukan penyelidik dari UTM mendapati orang Cina tinggal di di kampung tersebut kira-kira 1,400 tahun lampau, iaitu 100 tahun sebelum Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Mansur Shah.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata berdasar kajian universiti tersebut masyarakat Cina mendiami Kampung Pasir Parit lebih awal daripada kehadiran Puteri Hang Li Po di Melaka.

“Maklumat mengenainya disampaikan pengkaji sejarah UTM kepada anggota Exco Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan. Dan semalam Dr Fadzli membentang pada mesyuarat Exco,” katanya di sini.

Oleh itu kata beliau kerajaan negeri akan menaja penerbitan buku yang bakal diterbit UTM berkaitan masyarakat Cina yang mendiami penempatan tersebut dan kawasan lain di Kelantan.

Menurutnya juga kerajaan negeri akan menjadikan perkampungan terbabit sebagai destinasi pelancongan baharu di Kelantan.

Kampung Pasir Parit terletak di tebing Sungai Kelantan dan 500 meter dari jalan utama Pasir Mas-Tanah Merah. Terdapat sebuah rumah tokong yang berusia beratus tahun.

Penduduk Cina di situ kebanyakan mengusahakan bidang pertanian. Ada juga yang berniaga dan berkhidmat dengan kerajaan. – HARAKAHDAILY 4/8/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

AKSB tumpu pelaksanaan projek segera

KOTA BHARU : – Pengurusan baru Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hari ini menjelaskan akan menumpukan kepada pelaksanaan beberapa projek segera yang boleh membantu penduduk negeri ini menikmati bekalan air bersih secepat mungkin. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kerjaraya, Utiliti dan Pembangunan Maklumat, Haji Hanifa Ahmad, melalui pelaksanaan projek segera di […]

Subscribe US Now