Kawalan di kawasan sempadan terus diperketatkan

webmaster

JELI – Polis Kelantan mengetatkan kawalan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mencegah pelbagai kegiatan jenayah termasuk kemasukan warga asing yang terlibat dengan Kumpulan Pengganas Daesh.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata polis mengembleng tenaga dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia untuk melaksanakan operasi secara berterusan.

“Kita akan terus perketatkan kawalan di sempadan melalui operasi yang diadakan, bukan sahaja dadah, senjata api, pemerdagangan manusia, malah IS (Daesh) supaya mereka tidak menyeludup ke negara ini,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Bunga, di sini, hari ini.

Mazlan berkata pihaknya akan menutup semua ruang dan peluang di sepanjang kawasan sempadan berkenaan daripada digunakan oleh penjenayah termasuk kumpulan pengganas itu menjalankan aktiviti mereka.

Beliau berkata anggota pasukan keselamatan yang bertugas di kawasan sempadan akan ditambah berdasarkan kepada keperluan semasa, dan situasi di kawasan itu sekarang ini adalah tenang dan terkawal.

Setakat ini tidak ada kawasan di negeri ini yang dianggap “panas” berkaitan pengganas berkenaan namun pihaknya membuat pemantauan di semua tempat, katanya.

Beliau berkata pihaknya mendapat kerjasama yang erat dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa dari negara jiran Thailand.

Mazlan berkata pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat dengan pihak berkuasa dari negara jiran itu pada 26 dan 27 Januari ini berkaitan kerjasama di kawasan sempadan. – Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Dataran Ilmu, lokasi pertama Ikbar

KOTA BHARU – Keputusan Kerajaan Negeri Kelantan menjadikan Dataran Ilmu di Jalan Datuk Pati, di sini, sebagai lokasi pertama pelaksanaan Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (Ikbar) adalah bersesuaian dengan majlis-majlis ilmu yang sering diadakan di kawasan itu. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, selepas Dataran Ilmu, pelaksanaan Ikbar akan diperluaskan […]

Subscribe US Now