Kawasan melontar dikawal ketat

jamrah1MINA (MAKKAH): Lebih 23,000 rakyat Malaysia menyertai jutaan umat Islam dari seluruh dunia melakukan ibadat melontar hari ini.

Tempoh masa melontar yang bermula separuh malam 10 Zulhijjah berakhir separuh malam  11 Zulhijah.

Bagaimanapun jemaah haji Malaysia sukar untuk melontar lebih awal memandangkan lewat sampai dari Mudzalifah.
Selepas meninggalkan Arafah Maghrib petang semalam jemaah haji perlu bermabit di Mudzalifah separuh malam.

Biarpun Muzdalifah terletak hanya kira-kira 7 km dari Padang Arafah namun perjalanan perlahan memandang kesesakan lalu llintas yang begitu ketara.

Bas yang memuat jemaah haji dari seluruh dunia sendat di atas jalan raya sehingga bunyi hon tidak putus kedengaran.

Selepas bermabit hampir 6 jam di Muzdalifah jemaah haji diangkut pula ke Mina. Dan sehari  sebelum itu bermalam di Arafah. jamrah

Di Muzdalifah setiap jemaah haji mengutip 70 anak batu dan selepas itu berehat di kawasan lapang untuk menunggu tempoh masa separuh malam.

Kita boleh menyaksikan jutaan manusia bermabit di Muzdalifah. Ada juga yang berjalan dari Muzdalifah ke Mina memandangkan kedudukannya hanya sejauh 8 km.

Deretan manusia boleh dilihat di kiri kanan jalan. Malah helikopter berlegar di udara sejak hari wukuf.

Pasukan keselamatan mengawal ketat kawasan melontar bagi memastikan pergerakan jemaah haji lancar.

Di Mina terdapat banyak maktab yang dihuni jemaah haji Malaysia, ia terletak 3.5 km dari Jumrah.

Bagaimanapun sehingga kini tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti tahun lepas, di mana rempuhan jemaah haji menyebabkan berlaku korban nyawa.

Jemaah haji akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijah untuk melontar ketiga-tiga jamrah sebelum pulang ke Makkah bagi menyempurnakan rukun haji. – HARAKAHDAILY 13/5/2016

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment