Keadaan air Sungai Golok tidak perlu dirisaukan

webmaster

imageKOTA BHARU – Penduduk di tebing Sungai Golok, Rantau Panjang tidak perlu risau untuk menggunakan air sungai itu kerana statusnya masih suci walaupun ada yang mendakwa menemui objek dipercayai tulang babi di kawasan berkenaan.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata air sungai itu masih mengalir walaupun ia susut susulan fenomena El Nino.

“Orang ramai yang mandi-manda serta membasuh pakaian di sungai di situ tidak perlu ragu kerana statusnya masih suci.

“Lagipun tulang terbabit tidak diketahui milik khinzir atau haiwan lain. Apa yang penting air masih mengalir dan tidak bertakung,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau mengulas kebimbangan penduduk Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang, yang mendakwa menemui sisa tulang babi di tebing Sungai Golok.

Penduduk kampung menjadikan air Sungai Golok sebagai sumber utama untuk mandi dan membasuh pakaian berikutan gangguan bekalan air.

Air dari situ turut mengalir di Kampung Bagus yang kini menjadi tempat perkelahan baharu di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan kerana paras air sungai yang cetek.

Difahamkan ada sesetengah penduduk tidak berani menggunakan air sungai selepas mengetahui mengenai penemuan tulang berkenaan di samping tidak mengetahui statusnya dari sudut agama. –Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Rezeki musim kemarau

PASIR MAS – Biarpun berdepan musim kemarau kesan fenomena El-Nino, namun para peserta di bawah Projek Tanah Pemulihan Terbiar (PTTT) Kampung Slow Teliar, Bunut Susu mampu menarik nafas lega apabila tanaman tembikai wangi yang diusahakan mengeluarkan hasil berlipat kali ganda berbanding tahun lalu. Seorang peserta Muhammad Firdaus Adnan, 26, berkata, […]

Subscribe US Now