KEBUDAYAAN MELAYU MESTI BERTERASKAN SYARIAT ISLAM

webmaster

 

YB Dato' Mohd. Amar menyampaikan sumbangan kepada badan-badan gabungan yang berdaftar dengan MKNK.
YB Dato’ Mohd. Amar menyampaikan sumbangan kepada badan-badan gabungan yang berdaftar dengan MKNK.

KOTA BHARU – Negeri Kelantan terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya dengan seni budaya tempatan yang berteraskan syariat Islam.

Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd. Amar Abdullah berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan (MKNK) Kali Ke 28 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim semalam.

Katanya, sejak zaman berzaman orang Melayu Kelantan sudah mempunyai kepakaran dan kehebatan dalam setiap bidang seni dan budaya setanding dengan bangsa lain.

“Kebudayaan itu lahir daripada proses pemikiran yang membawa kepada kepercayaan dan sebagai orang Islam setiap aktiviti seni budaya mesti berpandukan normal-normal agama,” katanya.

Tambahnya, persembahan dikir barat merupakan satu seni persembahan yang mampu menjadi medium dakwah yang paling hebat dan berkesan.

Turut berucap sebelumnya, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato’ Md. Anizam Ab. Rahman yang juga selaku Presiden MKNK yang mencadangkan Anugerah Seni Budaya diwujudkan semula.

Turut hadir Timbalannya yang juga selaku Timbalan Presiden MKNK, YB Dato’ Hassan Mohamood.

YB Dato’ Mohd. Amar turut menyampaikan sumbangan kepada badan-badan gabungan yang berdaftar dengan MKNK.

 

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KELANTAN TUAN RUMAH HARI ALAM SEKITAR KEBANGSAAN 2020

oleh Nik Azman Nik Mustafa KOTA BHARU – Kementerian Alam Sekitar dan Air akan mengadakan Hari Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan 2020 di Kubang Kerian, Kelantan pada Oktober ini. Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Program Penyampaian Sumbangan Khas […]

Subscribe US Now