Kejohanan Badan Cantik mesra syariat

webmaster

SEMUA peserta Kejohanan Badan Cantik, Mr Awang Selamat 2017 diwajibkan menutup aurat, di mana pemarkahan diambil kira di bahagian badan sahaja dan bukan paha, betis atau kaki.

Program kali kedua secara tertutup itu diadakan di Dewan Putri Saadong, Hotel Grandriver View disertai lebih 80 peserta dari seluruh Kelantan.

Manakala penonton wanita disediakan ruangan khas di lobi hotel terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri tetap memberi sokongan terhadap sebarang aktiviti selagi menepati kehendak Islam.

“Kita menjayakan program tersebut dengan pelbagai penambahbaikan bagi menyelaraskannya dengan kehendak agama,” katanya ketika merasmikan kejohanan berkenaan di Kota Bharu semalam.

Pembaharuan itu dilakukan Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) sebagai sukan mesra syariat. Program itu dianjurkan U-Bes dengan kerjasama Merak Newfort Tuff. – HARAKAHDAILY 14/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penyelia Dun, Parlimen PKR di Kelantan kekal

BIARPUN pelbagai pihak mendesak anggota Exco PAS di Selangor meletak jawatan, namun di Kelantan lantikan politik kalangan pemimpin PKR sebagai Penyelia Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Penyelia Parlimen dikekalkan. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk bertindak sebaliknya terhadap mereka yang dilantik sebelum ini. […]

Subscribe US Now