Kekal Kota Bharu, pertahan Kelantan

webmaster

KEKAL Kota Bharu, Pertahan Kelantan menjadi tema sambutan jubli emas PAS Kota Bharu yang bermula malam tadi. Tumpuan gerak kerjanya menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Setiausaha PAS Kota Bharu, Aidy Hassan berkata, bulan ini genap usia PAS Kota Bharu yang melewati 50 tahun selepas ditubuh pada 1967.

Katanya, PAS kawasan itu mengharungi pelbagai ujian dan mehnah sehingga bertapak kukuh di Kelantan sekarang.

“Sebab itu kita pilih tema Kekal Kota Bharu, Pertahan Kelantan pada sambutan jubli emas bagi menggambarkan iltizam pendokong PAS di sini,” katanya di Kota Bharu.

Sambutan jubli perak bermula dengan tahlil perdana dan solat hajat untuk Rohingya yang diadakan di Dewan Jubli Perak MPKB malam tadi.

Acara perasmian sambutan itu akan diadakan malam ini di Medan Ilmu, Jalan Datuk Pati dirasmikan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Sebelum itu diadakan kuliah Maghrib akan disampaikan pendakwah bebas, Ustaz Khairul Ikhwan.
Manakala selepas perasmian diadakan forum mohabbatan yang akan mengentengahkan Ustaz Haslim Bollywood dan Asmak Husin. Moderatornya, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi.

Petang tadi pula berlangsung konvoi motosikal dari tiga Dun iaitu Bunut Payong, Kota Lama dan Tanjung Mas.

Seramai 150 anak muda dan belia menyertai konvoi tersebut. Konvoi itu disambut Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan di Medan Ilmu.

Esok pula akan berlangsung Cakna Mahabbatan Kota Bharu. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk cabaran larian wanita, aerobik perdana, derma darah.

Selain itu pertandingan gubahan pulut dan ulaman serta pertandingan mewarna yang diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV. – HARAKAHDAILY 22/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MB serah bantuan Tabung Serambi Mekah

KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyerahkan bantuan Tabung Serambi Mekah sebanyak RM5,500 kepada 11 keluarga rumah terbakar di Wakaf Mek Zainab, di sini. Menerusi tinjauan dan lawatan beberapa exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi, Datuk Dr Ramli Mamat dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan kira-kira […]

Subscribe US Now