Kelab motosikal 4 negara berhimpun di Kota Bharu

webmaster

LEBIH 100 kelab motosikal berkuasa besar dari  empat negara berhimpun di Kota Bharu sejak pagi Jumaat sehingga malam tadi sempena ‘Kelantan International Bike Week 2017’.

Program itu dianjur Urusetia Belia dan Sukan dengan kerjasama Darulnaim Bikers. Ia  dirasmikan anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Lebih 3,000 motosikal membanjiri perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV memeriah program berkenaan. Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran artis Datuk Ahmad Azhar Othman (Awie).

Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri melahirkan rasa bangga dengan kehadiran peserta pada program berkenaan.

Penganjuran bagi edisi ke tujuh mengamitkan kehadiran ‘biker’ negara luar seperti Brunei, Thailand dan Singapura ke bumi Serambi Mekah.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak menghalang sebarang aktiviti kesukanan malah sentiasa memberi galakan sekiranya selaras dengan kehendak  syariat.

“Melalui Urusetia Belia dan Sukan (Ubes), kita melaksanakan pelbagai aktiviti sukan dengan berlandaskan syariat dengan dasar Membangun Bersama Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/7/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan tidak keluar kos taja Awie

KERAJAAN Kelantan tidak mengeluarkan peruntukan khas untuk membawa artis terkenal Datuk Ahmad Azhar Othman (Awie) bagi menjayakan persembahannya. Pengarah program, Ausri Hussin berkata persembahan Awie pada malam itu adalah sumbangan khas untuk peminatnya di negeri itu. Menurut Ausri lagi, Awie sebagaimana juga peserta motorbike lain seluruh negara yang turut menyertai program […]

Subscribe US Now