Kelantan adakan sambutan Hari Belia

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan membuat satu anjakan baru dengan memperkenalkan sambutan Hari Belia bermula tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamad berkata, Hari Belia diperkenalkan bertujuan mengiktiraf golongan itu.

Katanya golongan belia tidak pernah dipinggirkan kerajaan negeri biar pun sebelum ini belum ada sambutan khusus Hari Belia.

“Pelbagai usaha dilaksanakan sebelum ini termasuk mewujudkan Urusetia Belia dan Sukan sejak lebih 15 tahun lepas.

“Kita juga sering mengadakan program bersama belia termasuk mendengar pandangan mereka untuk kecemerlangan golongan itu pada masa hadapan,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Belia Kelantan (MBK) semalam.

Seramai lapan jawatankuasa MBK diketuai Yang Dipertuanya, Nizam Abdul Rahman mengunjungi hormat anggota Exco. – HARAKAHDAILY 13/12/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9104-kelantan-adakan-sambutan-hari-belia

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pilihan raya PBT agenda pecah masyarakat

KOTA BHARU: Pilihan raya kerajaan tempatan yang dicadangkan DAP dianggap mempunyai agenda untuk memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak sesuai dilaksanakan di negara ini. Katanya prosedur pelantikan Ahli Majlis PBT yang menjadi amalan sekarang sudah sempurna […]

Subscribe US Now