Kelantan akan kunjung hormat PM

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengadakan kujungan hormat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam waktu terdekat.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, berkata pihaknya sedang memilih waktu sesuai untuk mengadakan kunjungan itu.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri bersedia mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Tun Mahathir demi kepentingan rakyat.

“Antara perkara yang akan dibawa berbincang, mengenai tuntutan royalti minyak negeri itu sebanyak 5 peratus seperti yang termaktub dalam perjanjian sebelum ini.

“Tetapi sekiranya dapat 20 peratus sebagaimana dalam menifesto PH, itu atas jiwa besar kerajaan baru dan kita sedia menerimanya,”ujarnya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama selepas PRU14. – HARAKAHDAILY 23/5/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 7

TAFAKKUR bacaan al-Quran hari ini memfokuskan satu ayat berkenaan rahsia penciptaan bintang di langit serta manfaatnya kepada makhluk di bumi. Allah S.W.T berfirman: وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ النُّجُومَ لِتَهْتَدُوا بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۗ قَدْ فَصَّلْنَا الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (٩٧) “Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman […]

Subscribe US Now