Kelantan anjur daurah pembacaan Hadis

webmaster

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan mencatat sejarah apabila menganjur program Daurah Pembacaan Hadis al-Nabawi al-Syarif yang disertai ulama besar dari India.

Pengijazahan Sanad dilakukan Maulana Salman Al Husaini Al Nadwi dari Lucknow India di mana program tersebut disertai lebih 300 peserta termasuk dari Indonesia.

Salman, 60 dilahirkan daripada keluarga ulama besar di India dan beliau pemegang Ijazah Sarjana Hadis di Darul Uloom Nadwatul Ulama pada 1976, selain memiliki Ijazah Kajian Hadis.

Tujuh hadis diberi sanad oleh beliau pada program terbabit antaranya hadis diriwayatkan Sahih Bukhari, Ibnu Majah Abu Dawud, Baihaqi dan At- Tirmidzi.

Perasmian program itu disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dan dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Arab.-HARAKAHDAILY 30/1/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan negeri sedia bantu penduduk

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memberi jaminan membantu penduduk yang terbabit projek pembangunan Lembah Binjai dengan mendapat tawaran harga tanah yang berpatutan. Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menggunakan kaedah biasa membuat penilaian harga tanah. “Bagaimanapun pemilik tanah ada hak untuk menuntut harga […]

Subscribe US Now