Kelantan anjur praSukma Julai ini

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan akan menganjurkan kejohanan praSukan Malaysia (Sukma) Julai hadapan sebagai persiapan menghadapi Sukma tahun 2024.

Wan Roslan Wan Hamat pada perjumpaan dengan wakil persatuan sukan.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, ia bertujuan mencari atlet baharu dalam pelbagai bidang sukan.

“Semoga dengan cara itu Kelantan dapat menempa nama di peringkat kebangsaan menerusi acara sukan tertentu pada masa akan datang,” katanya pada pertemuan dengan wakil-wakil persatuan sukan di Majlis Sukan Negeri (MSN) di sini semalam.

Hadir sama Pengarah MSN Mohamad Imran Mansor dan pegawai agensi terbabit.

Menurut Wan Roslan terdapat 19 jenis sukan dipertandingkan di Sukma yang disenaraikan Majlis Sukan Negara.

Katanya juga, MSN akan merujuk kepada persatuan sukan yang terdapat di Kelantan untuk membolehkan mereka mengetengahkan atlet dalam bidang tertentu.

“Walau apapun setiap acara sukan perlu mematuhi dasar kerajaan negeri Membangun Bersama Islam. Semua atlet Muslim wajib mematuhi syariat sebagaimana yang ditetapkan Islam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10083-kelantan-anjur-prasukma-julai-ini

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Projek tebatan banjir Kampung Laut

KOTA BHARU: Projek tebatan banjir di Kampung Laut, Tumpat bermula beberapa bulan lalu. Ia merupakan sebahagian kompenan projek pelancongan Kampung Warisan Kampung Laut. Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kamal Mustapha berkata, kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM130 juta bagi pembinaan benteng berkenaan yang dijangka siap pada 2022. Katanya, keseluruhan projek benteng […]

Subscribe US Now