KELANTAN BAKAL NOBATKAN ADIWIRA NEGERI

webmaster

oleh Norzana Razaly

Kerajaan Negeri Kelantan terus merancang agenda dasar pembangunan Islam yang menetapkan tugas dan tanggungjawab suami dan bapa yang seharusnya perlu disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan semasa kerana hak dan tanggungjawab antara kerjaya dan keluarga mesti diseimbangkan dengan adil agar keharmonian dan kesejahteraan diri serta keluarga terjamin.

Kurangnya didikan dan perhatian keluarga faktor penyumbang kepada peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja. Ditambah pula desakan taraf hidup semakin tinggi turut memaksa kebanyakan bapa menumpukan lebih banyak masa terhadap kerjaya berbanding waktu berkualiti bersama anak-anak.

Menyedari realiti semasa, Kerajaan Negeri mengambil langkah dengan memperluaskan kesedaran kepentingan sebuah masyarakat yang produktif dan sejahtera dengan mengadakan program Big Hero Siri 1 pada Khamis, 20 Januari 2020 di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

Program ini adalah penjenamaan baharu kepada Kursus Kecemerlangan Keluarga dan Kerjaya bermatlamat untuk melahirkan jiwa professional dalam kerjaya demi membina keluarga mawaddah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato’ Hajjah Mumtaz Md Nawi, Big Hero bermaksud adiwira sebenar yakni kaum lelaki sebagai ketua keluarga yang memahami dan menjalankan tanggungjawab dalam membina Keluarga Mawaddah di samping berkerjaya stabil.

“Program Big Hero berhasrat melahirkan golongan lelaki yang profesional dalam menyeimbangkan urusan rumah tangga dan kerjaya dalam usaha melahirkan masyarakat harmoni dan sejahtera.

“Buku Panduan Keluarga Mawaddah akan disebarluaskan kepada peserta sebagai panduan ke arah merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan Keluarga Mawaddah”, katanya.

Antara pengisian yang akan disajikan kepada hadirin ialah Diskusi “Qawwam, Asas Pembentukan Keluarga’’ oleh Profesor Madya Dr. Saupi Man dan wacana “Kerjaya Hebat, Keluarga Berkat” oleh selebriti dakwah, Ustaz Roslan Mohammad.

Orang ramai terutamanya lelaki dijemput hadir menyertai Kahoot Game dan menyaksikan Penyampaian Anugerah Khas kepada Tokoh Big Hero Kelantan iaitu pengiktirafan rasmi oleh Kerajaan Negeri kepada adiwira sebenar bergelar ayah dan suami yang sanggup berkorban menjaga isteri yang sakit dan keluarga masing-masing.- UPKN KELANTAN 18/2/2020

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2604516886449329

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Isu Hotel TH: Harta, pelaburan, pekerja terancam

KERAJAAN dituntut membentangkan kertas putih berhubung status terkini melibatkan semua aset dan urus tadbir Lembaga Tabung Haji (TH) yang diselubungi pelbagai keraguan atasnya. Ia perlu kerana melibatkan antara kepentingan terbesar umat Islam yang merupakan penduduk majoriti negara ini. Bahkan ia sebahagian daripada harta negara yang amat bernilai, apatah lagi berkait […]

Subscribe US Now