KELANTAN BANGUN EKONOMI DIGITAL

webmaster
Pertukaran dokumen perjanjian antara Kelantan ICT Gateway dengan Symphonet Sdn Bhd.

oleh Muhammad Arif Ismail | Foto Tuan Arjuna Beta

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Kelantan ICT Gateway (KIGSB) mengorak langkah membangun ekonomi digital.

Ketua Eksekutifnya, Ab Aziz Yunus berkata, satu platform aplikasi mobile ‘KALA Shop‘ serta penggunaan tanpa tunai (cashless) dalam kalangan masyarakat bakal dibangunkan.

“Kita sedar perkembangan pesat industri ini serta potensi untuk berkembang di Kelantan khususnya sangat cerah.

“Hal ini terbukti dengan peningkatan ekonomi digital negara, secara purata sebanyak 9 peratus setahun bermula 2010 hingga 2016 dan lebih pantas dari pertumbuhan KDNK,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KIGSB dan Symphonet Sdn Bhd di PKINK hari ini.

Turut hadir Pengarah KIGSB Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Mohd Rusli Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif Symphonet Dato’ Baharum Salleh. – HARAKAHDAILY 11/12/2019

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/11/kelantan-bangun-ekonomi-digital/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

JEJAK SANG TAWAL MENGUNDANG KETERUJAAN RAKYAT

oleh Norzana Razaly KELANTAN sinonim dengan kekayaan kebudayaan dan khazanah warisan negeri berkaitan erat dengan sejarah bangsa gemilang yang perlu dikenang sebagai teladan sepanjang zaman oleh generasi pelapis. Hal inilah menjadi iltizam Tourism Malaysia Wilayah Timur bersama rakan sinerginya menganjurkan Program Jejak Sang Tawal bertemakan Berbusana Menelusuri Sejarah pada 21 […]

Subscribe US Now