Kelantan bantu mangsa banjir Thailand

TUMPAT: Kerajaan Kelantan menyumbang sejumlah RM50,000 kepada masyarakat Thailand, khususnya di selatan negara itu melalui tabung mangsa banjir.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sumbangan itu diberikan supaya mereka dapat membeli keperluan harian khususnya makanan.

Jelasnya, sumbangan itu diberikan sebagai tanda ingatan dan mengeratkan hubungan antara kedua-dua buah negara.

“Saya sendiri telah membuat temujanji dengan Gabenor Narathiwat untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sana,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Mini Darul Niswah Dun Pasir Pekan, dekat sini hari ini.

Menurutnya, sewaktu banjir besar melanda Kelantan pada 2014, pemimpin dan anggota masyarakat mereka datang membantu sewaktu dan selepas banjir.

“Bila tiba waktu  mereka dilanda musibah banjir, amat wajar kita pula membantu,” ujarnya.

Sejak dua hari lalu, katanya kerajaan negeri telah menghantar wakil untuk tujuan itu.

Menurutnya, semalam kerajaan negeri menghantar anggota exconya, Mumtaz Md Nawi untuk menyertai program gotong royong membersih di sana.

“Hari ini saya juga akan pergi untuk menghulurkan sumbangan pada pimpinan di sana,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook154Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment