KELANTAN BEBAS INFLUENZA A

webmaster
Dr Zaini (kanan) memeriksa suhu badan salah seorang warga Thailand yang memasuki negara ini dengan menggunakan therma scanner di ICQS Rantau Panjang.

oleh Hazelen Liana Kamarudin

RANTAU PANJANG – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan negeri ini bebas daripada serangan wabak influenza A.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang kes melibatkan wabak berkenaan.

“Bagaimanapun, kita sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan rapi dalam mengesan wabak tersebut,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Dr Zaini (kiri) mengagihkan risalah kepada orang ramai yang melalui ICQS Rantau Panjang.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan penduduk di negeri ini supaya tidak panik khususnya berhubung isu suntikan vaksin sambil memberitahu, pihaknya sentiasa membuat pemeriksaan sekiranya ada klinik swasta yang menaikkan harga vaksin sesuka hati.

Katanya, orang ramai turut dinasihatkan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami demam luar biasa.

Sementara itu, Dr Zaini berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan akan bekerjasama dengan kerajaan Thailand untuk menangani wabak tersebut terutama mereka yang keluar masuk di pintu sempadan kedua-dua negara.

Terdahulu dalam program tersebut, Dr Zaini turut memeriksa suhu badan salah seorang warga Thailand yang memasuki negara ini, di ICQS Rantau Panjang dengan menggunakan therma scanner dan mengagihkan risalah mengenai influenza kepada orang ramai.- SINAR HARIAN 15/01/2020

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/66015/EDISI/Kelantan/Kelantan-bebas-influenza-A

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MAJLIS PELANCARAN MAJALAH PELANCONGAN KELANTAN VERSI MANDARIN

TUMPAT: Lensa sekitar Majlis Pelancaran Majalah Pelancongan kepada Wat-wat di Kelantan yang disempurnakan pelancarannya oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negwei. Majalah tersebut diterbitkan oleh China Press hasil sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan bagi menyemarakkan lagi kempen Tahun […]

Subscribe US Now