Kelantan belum putuskan tarif air

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan masih menunggu semakan Air Kelantan Sdn Bhd berhubung keperluan kenaikan tarif air di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, buat masa ini, tiada cadangan lagi diterima untuk kenaikan tersebut memandangkan ia masih dalam proses perbincangan.

“Hari ini kita cuma mendengar taklimat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang mana memberikan penjelasan kepada kita tentang cadangan mereka untuk melihat semula tarif air dan keperluan untuk dibuat penyelarasan seluruh negara,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini.– SINAR HARIAN 16/1/2019

https://www.sinarharian.com.my/article/7862/EDISI/Kelantan/Kelantan-belum-putuskan-tarif-air

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment