KELANTAN BELUM TERIMA ROYALTI SEPERTI DIJANJI

webmaster

OLEH SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berharap Kerajaan Persekutuan akan membayar royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Kerajaan Pusat sepatutnya menunaikan janji tersebut dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan esok memandangkan Kelantan juga telah menunaikan permintaan Kerajaan Pusat untuk menarik balik kes mahkamah berkenaan royalti petroleum negeri itu.

“Kerajaan negeri sudah menunaikan hampir semua permintaan Kerajaan Pusat dan saya fikir tiada sebab mereka tidak tunaikan janji.

“Kita harap dapat ditunaikan pada bajet ini, harapan kita besar bajet kali ini berjaya mengemukakan hala tuju yang lebih jelas terhadap masa depan ekonomi kita terutama bagaimana untuk meningkatkan hasil,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya berdasarkan belanjawan tahun lepas, Kerajaan Malaysia dilihat gagal membuat jangkaan terhadap harga minyak dunia.

“Kalau bajet yang lalu, kerajaan gagal membuat jangkaan pada harga minyak. Apabila kerajaan letak pada paras USD70 (RM293.51) setong tapi realitinya adalah USD50 (RM209.65) setong.

“Akibatnya kerajaan hilang fokus dan terpaksa ‘cover’ dengan kos lain. Kita harap kali ini kerajaan lebih berhati-hati dan menumpukan kepada sumber yang lebih stabil,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13548-kelantan-belum-terima-royalti-seperti-dijanji

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Lawatan Kerja Ke Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Yayasan FAQEH & Pondok Spiritual OKU Muslim (PONDOKU)

YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi; Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan hari ini membuat lawatan kerja ke beberapa tempat pembangunan OKU di Nilai, Negeri Sembilan. 1. *Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI)* merupakan pusat penyelidikan OKU berteraskan pendekatan ilmu Naqli dan Aqli bagi memenuhi tuntutan fardhu dalam […]

Subscribe US Now