Kelantan benteng pengaruh Islam liberal

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan akan menjadi benteng bagi menyelamatkan umat Islam daripada fahaman liberal yang semakin menjadi-jadi sekarang.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentera Kanan Ahmad Yakob berkata, kumpulan berfahaman Islam liberal berjuang bagi menyamaratakan agama dan menuntut hak asasi.

Kata beliau antara perjuangan kumpulan terbabit termasuk kefahaman mengenai agama-agama dianggap sebagai sama taraf.

“Begitu juga dalam soal pengagihan harta pusaka mereka tidak mahu menerima ketetapan dibuat Islam kononnya sebagai tidak adil.

“Oleh itu Kelantan akan menjadi benteng bagi menyelamatkan umat Islam daripada fahaman Islam liberal,” katanya pada kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu hari ini.

Ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di Kota Sarang Semut, Alor Setar tahun lepas Ustaz Ahmad meluahkan rasa bimbang kerajaan nasionalis sekular ditukar kepada sosialis sekular yang tidak menyelesaikan masalah ummah. – HARAKAHDAILY 25/5/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 10

PENELITIAN terhadap kandungan ayat-ayat suci al-Quran membolehkan seseorang itu memperolehi pelbagai pengetahuan yang sangat mendalam. Al-Quran merupakan khazanah ilmu yang sangat unik selain ianya adalah mukjizat kenabian. Umpamanya al-Quran ada menyebut tentang keperluan manusia memiliki binatang tunggangan yang pantas seperti kuda bagi kegunaan dalam bertempur sebagaimana dalam Firman Allah S.W.T: وَأَعِدُّوا […]

Subscribe US Now