KELANTAN BERKABUNG 40 HARI

OLEH SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan dan pegawai kerajaan negeri berkabung selama 40 hari bermula hari ini berikutan kemangkatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, mereka perlu memakai kain putih di kemuncak songkok atau tali leher hitam selama 40 hari.

Menurutnya lagi, pada masa yang sama segala bentuk permainan hiburan mesti dihentikan selama tiga hari siang dan malam.

“Permainan di pentas, pertunjukan untuk derma dan permainan sukan juga hendaklah tidak dilangsungkan sehingga luput 40 hari yang dikira daripada hari kemangkatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Mabna Kota Darulnaim di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 28/9/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13347-kelantan-berkabung-40-hari

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment