Kelantan bersidang sehari 13 April ini

KOTA BHARU– Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang ditangguhkan sebelum ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diadakan selama sehari pada 13 April ini.

Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, persidangan tersebut akan diadakan secara tertutup bermula jam 9 pagi.

“Sidang kali ini diadakan sehari sahaja yang akan dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa jemputan luar,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau juga memaklumkan, persidangan sebelum ini boleh diikuti menerusi dalam talian tetapi kali ini masyarakat luar tidak dapat mengikuti secara siaran langsung.

Menurut beliau, langkah tersebut diambil sebagai pencegahan terhadap penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Sebelum ini persidangan DUN Kelantan dijadualkan berlangsung selama empat hari bermula 23 Mac di Kompleks Kota Darul Naim.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/78467/EDISI/Kelantan/Kelantan-bersidang-sehari-13-April-ini

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment