Kelantan boleh anjur program khas artis

webmaster

KOTA BHARU: Artis-artis anak Kelantan khususnya wanita memerlukan suntikan tazkirah agama dan program dakwah bagi mengelakkan mereka tersasar melayari bahtera kehidupan.

Artis Fara Aina, 26, mencadangkan usaha itu dilakukan kerajaan negeri dengan mengadakan pertemuan dengan artis, di samping mengeratkan lagi hubungan.

Katanya, sebagai seorang Muslim mereka perlukan tazkirah agama bagi melengkapkan lagi sebuah kehidupan.

“Kefahaman mengenai soal aqidah dan agama begitu penting. Kerajaan negeri boleh menganjurkan program khas untuk artis anak Kelantan.

“Pada masa itu boleh diselitkan program dakwah dan ceramah agama,” katanya di sini.

Farah pernah muncul johan pertandingan Kelantan Got Talent anjuran kerajaan negeri dan tempat kedua anjuran Nisa’ Got Talent.

Beliau juga berjaya menyiapkan album single pertama tahun lalu yang bertajuk ‘Cinta Yang Terhenti’ ciptaan Eddie Hamid.

Kini beliau muncul dengan single kedua bertajuk ‘Tak Tergalang Ganti’ ciptaan Rosli Ahmad. Album lagu kedua dilancarkan 18 Mac lepas.

Fara juga berkata, ruang yang diberikan kerajaan negeri khususnya untuk artis wanita dianggap begitu baik. – HARAKAHDAILY 4/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10500-kelantan-boleh-anjur-program-khas-artis

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Institusi Pondok Mampu Melahirkan Ilmuan Islam Berkaliber

KOTA BHARU – Negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang banyak tertubuhnya pondok-pondok pengajian agama dan institusi-instusi pengajian tinggi agama berbanding dengan negeri-negeri lain. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, YB Dato’ Haji Abdullah Ya’kub berkata demikian sewaktu berucap mewakili Menteri Besar YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan pada Majlis Perasmian Sambutan […]

Subscribe US Now