Kelantan bolehkan RUU 355 dibawa ke parlimen

webmaster

UMAT Islam seharusnya bersyukur kerana Kelantan dimenangi PAS. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, kerana kemenangan itu Rang Undang-Undang RUU 355 telah berjaya dibentangkan di Parlimen oleh Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Tuan Ibrahim, berkata kerana kemenangan kerajaan Kelantan itu membolehkan RUU 355 itu dibawa di Parlimen.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Seminar Isu-Isu Penerangan anjuran Urusetia Penerangan dan Hubungan Serantau kerajaan negeri Kelantan.

Majlis yang dihadiri pelbagai peringkat parti itu diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) semalam.

Katanya lagi, RUU itu telah berada di tangan Speaker Dewan.

“Sekurang-kurangnya kita (PAS) telah bentang undang-undang itu.

“Syukur kerajaan kita (Kelantan) masih ada, kalau tidak ada kerajaan, bagaimana undang-undang itu akan dibentangkan?”soalnya.

Menurutnya, bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memintanya supaya berusaha laksanakan undang-undang Islam di Kelantan.

Katanya, almarhum berasa sedih sepanjang 25 tahun menjadi menteri besar namun undang-undang Allah tidak mampu di jalankan di bumi Allah sendiri.

“Kita mengharapkan umat Islam menyokong undang-undang itu khususnya dalam Parlimen tahun ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Lantik ketua pembangkang Dun lebih wibawa

UMNO Kelantan dicadang melantik ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang lebih berwibawa pada masa hadapan. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, ketua pembangkang hendaklah seorang ahli dewan yang tahu dan patuh kepada peraturan mesyuarat. Katanya, apa yang berlaku Rabu lepas Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat […]

Subscribe US Now