Kelantan cadang lakukan pembenihan awan

N.12 PENGKALAN PASIRKOTA BHARU – Kerajaan negeri bercadang untuk melakukan pembenihan awan dalam jangka masa terdekat dalam menghadapi kemarau yang panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, inisiatif itu dilaksanakan untuk menurunkan hujan di negeri ini.

“Bila buat nanti kita doakan supaya ALLAH SWT turunkan hujan dalam masa terdekat. Dalam tempoh seminggu ini kita akan buat.

“Hari ini kita bincang cuma secara dasarnya kita telah bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat pembenihan awan swasta,” katanya kepada media sebentar tadi selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco di Kompleks Kota Darul Naim.

Hanifa juga memberitahu, sekiranya tiada hujan sehingga akhir  Mei kemungkinan bekalan air akan menghadapi masalah.

Bagaimanapun, katanya setakat ini bekalan air Kelantan masih terkawal dan belum dicatu.

“Kalau masuk pertengahan bulan  Jun masih belum hujan bekalan air perlu dicatu,” katanya

-sinar harian

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment