CUTI PERISTIWA DI KELANTAN PADA 11 SEPTEMBER 2016
Sempena sambutan hari raya Aidiladha pada tahun ini, saya mengumumkan cuti peristiwa pada 9 Zulhijjah 1437 bersamaan 11 September 2016 iaitu sehari sebelum tarikh hari raya Aidiladha.
Cuti peristiwa ini adalah semata-mata untuk memberi ruang kepada rakyat membuat persediaan bagi menyambut hari raya korban. Saya berharap seluruh rakyat dapat meraikan Aidiladha pada tahun ini dengan penuh gembira bersama keluarga tercinta. Ini termasuklah disunatkan berpuasa pada hari wukuf 9 Zulhijjah 1437 tersebut.
USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
Menteri Besar Kelantan
27 Zulkaedah 1437 / 30 Ogos 2016
(Visited 1 times, 1 visits today)