Kelantan hargai pasukan keselamatan

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyerah 13,200 bungkusan kuih raya untuk anggota pasukan keselamatan yang bertugas di Kelantan sempena Aidilfitri.

Penyerahan kuih itu disempurnakan Timbalan Menteri Besar kepada wakil-wakil pasukan keselamatan di Dewan Teratai Kota Darulnaim hari ini.

Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, sumbangan tersebut sebagai menghargai pengorbanan, peranan serta tugas yang dilakukan anggota keselamatan bagi menjaga keselamatan tanah air.

“Sumbangan dan tugas mereka sangat besar yang perlu diselaraskan antara duniawi dan ukhrawi supaya nilai dunia pun kita dapat dan nilai akhirat pun kita dapat.

“Namun apa yang penting niat kita kena betul kerana dengan niat inilah yang akan menentukan tindakan kita betul agar kepentingan dunia dan akhirat,” katanya.

Lebih 200 pegawai dan anggota keselamatan pelbagai agensi hadir pada program tahunan tersebut. – HARAKAHDAILY 7/6/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
96Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment