Kelantan istimewa berbanding negeri lain – Sheikh Ekrima

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding negeri-negeri lain di Malaysia, kata Imam Besar Masjid al Aqsa, Palestin, Sheikh Ekrima Said Sabri.

Katanya, dasar Membangun Bersama Islam dilaksanakan sejak PAS mengambilalih tampuk pemerintahan kerajaan negeri pada 1990.

“Sekarang saya difahamkan ditambah baik pula dengan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam.

“Negeri ini juga sangat istimewa kerana istiqamah dengan dasar kerajaan negeri serta pendiriannya terhadap isu Palestin, selain tidak terpengaruh dengan agenda golongan memusuhi Islam.

“Saya melihat sendiri ada kemajuan dan pembangunan selepas datang tiga kali ke negeri ini seperti juga wilayah-wilayah lain di Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan ke Perbadanan Muzium Negeri Kelantan hari ini. – HARAKAHDAILY 17/4/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Dakwaan palsu PAN: Jabatan Hutan lapor polis

KOTA BHARU: Kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Husam Musa kononnya kerajaan negeri melulus kawasan pembalakan baharu dianggap meleset sama sekali. Ini kerana sejak 1 Mei 2013 sehingga sekarang tiada sebarang kelulusan baharu untuk menjalankan aktiviti pembalakan terutamanya Projek Ladang Hutan di kawasan Hutan Simpan Kekal. (Foto di atas […]

Subscribe US Now