KELANTAN JADIKAN TULISAN JAWI SATU IDENTITI

webmaster

Oleh: Muhamed Noraziha Abdullah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan perlu mempunyai dasar yang jelas berhubung penggunaan bahasa di papan tanda, iklan, poster dan sebagainya.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, penggunaan bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu mestilah diutamakan kerana ia bahasa kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan berbanding bahasa lain.

“Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di negara ini yang sepatutnya sebarang poster, billboard, iklan ditulis dengan bahasa Melayu.

“Ia sebagai mempamerkan identiti sesebuah negara yang menjadikan bahasa Malaysia, bahasa utama dalam penggunaan oleh kerajaan Malaysia,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Pekerja PAS Pusat.

Jelasnya, tidak salah untuk menggunakan bahasa Cina atau Inggeris kerana bahasa perantaraan bagi menarik pelancong, tetapi bahasa Melayu mesti diutamakan terlebih dahulu.

“Kalau di Kelantan, mana-mana billboard atau iklan disyaratkan ada tulisan jawi juga sekali dengan tulisan lain.

“Tulisan jawi telah dijadikan satu identiti oleh kerajaan negeri untuk sebarang billboard dan iklan di negeri itu,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu mengeluarkan satu garis panduan tentang penggunaan bahasa Kebangsaan pada setiap billboard atau iklan mesti dijadikan bahasa utama berbanding bahasa lain. – HARAKAHDAILY 3/8/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12278-kelantan-jadikan-tulisan-jawi-satu-identiti

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

WACANA INTELEKTUAL BUAT PENCINTA ILMU

oleh Norzana Razaly Bersempena Jelajah Dakwah Dr. Zakir Naik ke Kelantan bermula 7-10 Ogos 2019, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urusetia Belia, Sukan & NGO menganjurkan wacana intelektual atau INTELLECTUAL DISCOURSE WITH DR ZAKIR NAIK di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu pada Rabu, 7 Ogos 2019. Para pensyarah institusi pengajian tinggi […]

Subscribe US Now