Kelantan kekal had umur kahwin

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Kelantan mengekalkan had umur perkahwinan bagi lelaki 18 tahun manakala perempuan 16 tahun.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas satu Persidangan Meja Bulat Perkahwinan Bawah Umur: Penilaian dan Pendekatan Holistik di Kompleks Kota Darulnaim baru-baru ini.

“Hasil dari persidangan ini dibentangkan kepada kerajaan negeri dan kerajaan negeri menerima rumusan ini supaya dikekalkan had umur ini.

“Sekiranya perkahwinan dilakukan di bawah umur ini, dia mesti mendapat kebenaran pihak berkuasa dan mahkamah akan mengeluarkan surat selepas bertemu pengantin termasuk keluarganya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mohd Amar menambah, keputusan itu dilakukan dengan menilai suasana golongan belia dalam masyarakat pada hari ini yang semakin terdedah kepada teknologi maklumat.

Tujuan utama kata beliau, bagi mengelakan berlaku perbuatan zina, malah dalam Islam sendiri mengalakan perkahwinan sekiranya persediaan dilakukan sewajarnya. – HARAKAHDAILY 5/12/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8986-kelantan-kekal-had-umur-kahwin

 

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
162Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment