Kelantan kekal tidak keluarkan lesen vape

webmaster

KOTA BHARU – Kerajaan negeri mengekalkan keputusan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen berhubung penjualan vape atau rokok elektronik di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dato’ Abdul Fattah Mahmood berkata, berikutan keputusan itu juga kerajaan negeri juga akan mengeluarkan notis selama 14 hari kepada peniaga untuk mengosongkan premis mereka bermula hari ini.

“Kita akan ambil tindakan tertentu termasuk menyita peranti jika mendapati masih ada peniaga yang ingkar dan terus menjual vape barangan selepas 1 Januari ini.

“Setakat ini peniaga memohon lesen perniagaan barangan elektronik dan lain-lain barangan bagi membuka perniagaan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung penjualan vape di Kompleks Kota Darul Naim di sini pagi tadi.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sekolah menengah tahfiz: Kelantan dahului negeri lain

KOTA BHARU: Keunggulan bangsa bergantung kepada ketinggian ilmu. Umat mementingkan ilmu akan bangkit sebagai umat ulung di dunia khususnya mengenai ilmu wahyu. Kelantan sendiri dibangunkan berasaskan ilmu, dengan menghidupkan pusat pengajian ilmu Islam, pengajian kitab dan tahfiz al-Quran. “Tindakan itu dilakukan supaya ummat ini sentiasa ‘hidup’ dengan ilmu, satu-satunya jalan ke […]

Subscribe US Now