Kelantan kerjasama jaya sambutan Hari Koperasi

MENTERI Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob diundang merasmikan  Sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri.

Sebanyak 82 booth pameran iaitu 70 koperasi dan 12 agensi kerajaan memaparkan produk serta perkhidmatan sepanjang tiga hari program itu berlangsung bermula 24 Ogos lalu.

Kerajaan negeri memberi kerjasama menjayakan sambutan Hari Koperasi Negeri 2017, di samping komited membangun dan mejayakan sektor koperasi di Kelantan.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Objektif sambutan Hari Koperasi bagi mewujudkan semangat kerjasama di kalangan ahli koperasi selain memberi penghargaan terhadap hasil dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

Selain itu, sambutan yang diadakan setiap tahun juga bertujuan menilai pencapaian gerakan koperasi dalam sektor ekonomi dan sosial selaras konsep, prinsip serta falsafah koperasi.

Selaras dengan Dasar Koperasi Negara yang disemarakan  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga bertujuan mendapat idea baru untuk memperkukuhkan pentadbiran koperasi.

Program itu diisi dengan penyampaian anugerah koperasi dan koperator cemerlang, dikir barat berkoperasi, pertandingan mewarna, gubahan tuala dan seminar keusahawanan.

Kementerian menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia komited untuk membangun dan meningkatkan pencapaian koperasi ke tahap lebih tinggi dengan pelbagai insentif diperkenalkan bagi menggalakan usaha itu.

Ia diterjemahkan menerusi pelan tindakan pencapaian perolehan RM50 bilion menjelang tahun 2020 sebagai sektor peneraju dalam kalangan koperasi yang ditubuhkan di pelbagai sektor. – HARAKAHDAILY 26/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
42Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment