Kelantan komited promosi seni khat

webmaster

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan memberi komitmen tinggi bagi mempromosikan seni khat dan kaligrafi yang menjadi salah satu identiti dan produk pelancongan negeri ini.

Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Kelantan, Mohamad Sahrulnizam Mat Rashid berkata, pelbagai pendekatan dilaksanakan terutamanya untuk menubuhkan Pusat Kaligrafi Islam yang terkandung dalam manifesto PRU baru-baru ini.

“Untuk ke arah penubuhan pusat itu, kita akan menjalinkan kerjasama dengan Galeri Khat dan Grafik Kelantan di bawah kelolaan Nik Abdul Rahman Zaki Datuk Nik Abdul Kadir yang juga Penulis Khat Antarabangsa.

“Ini adalah satu inisiatif yang kita ambil untuk masyarakat lebih mengenali seni ini berpandukan mereka yang berada dalam industri itu sendiri supaya ilmu yang kita kongsikan itu memberi manfaat yang lebih meluas masyarakat,”katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Kelantan, Mejar Datuk Md Anizam Ab Rahman bertemu dengan Nik Abdul Rahman Zaki semalam.

Menurutnya, malah untuk memartabatkan lagi kesenian itu, kerajaan negeri setiap tahun turut mengadakan Pertandingan Seni Khat yang dianjurkan  bersama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Beliau juga memberitahu, untuk tahun ini, pertandingan  akan diadakan pada 17 hingga 19 Ramadhan di Stadium Sultan Muhammad ke IV sempena dengan Madinah Ramadhan itu turut diberikan nafas baru dengan penglibatan pelajar-pelajar sekolah rendah.

“Sebelum ini pertandingan ini hanya melibatkan kategori dewasa dan sekolah menengah sahaja. Kali ini kita beri nafas baru untuk pelajar sekolah rendah.

“Ini adalah salah satu langkah untuk kita semai minat pelajar-pelajar ini untuk meminati seni khat yang merupakan satu keunikan yang ada di negeri Kelantan sahaja.

“Malah pertandingan ini juga memberi peluang yang meluas kepada penggiat seni tersebut untuk menzahirkan bakat-bakat mereka, sekali gus menjadi produk pelancongan kepada negeri ini,”katanya.- SINAR HARIAN 21/5/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 5

KITAB al-Quran merupakan mukjizat paling besar bagi Rasulullah S.A.W. Banyak ilmu-ilmu yang sukar untuk difahami pada zaman lampau akhirnya dapat dirungkai secara mendalam pada zaman kini melalui pemahaman kandungan al-Quran. Allah S.W.T tidak menurunkan al-Quran semata-mata untuk memberi peringatan kepada manusia akan tetapi terdapat pelbagai ilmu dan jawapan bagi segala permasalahan. […]

Subscribe US Now