Kelantan kutuk serangan ganas di Sri Lanka

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan turut mengutuk serangan bom di beberapa gereja dan hotel mewah di Sri Lanka semalam.

Menteri Besar bersama rombongan pengurusan ECRL.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri mengutuk sekeras-kerasnya jenayah serangan terhadap gereja dan hotel yang merupakan tempat awam.

Apa lagi katanya kejadian berlaku sempena hari perayaan Kristian iaitu hari Easter.

“Kerajaan negeri melahirkan rasa dukacita di atas apa yang berlaku.

Kita juga lahir dukacita terhadap keluarga mangsa yang terkorban disebabkan elemen keganasan dan ekstremis,” ujarnya ketika ditemui selepas menerima kunjungan rombongan pengurusan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hari ini di pejabatnya.

Kejadian yang berlaku di Sri Lanka semalam menyebabkan 290 mangsa terkorban.

Ustaz Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am berkata, tidak kira siapa dan anutan agama sekali pun nyawa manusia tidak boleh dikhianati.

“Semua agama di dunia menolak sekeras-kerasnya keganasan dan ekstremis dalam apa jua bentuk dan keadaan sekalipun,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap Presiden Maithripala Sirisena dan kerajaan Sri Lanka menjalankan siasatan untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. – HARAKAHDAILY 22/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10752-kelantan-kutuk-serangan-ganas-di-sri-lanka

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penekanan terhadap penguatkuasaan dan penjagaan Sungai Kelantan dari sebarang pencemaran

Pagi ini saya merasmikan Bengkel Pemantauan dan Penguatkuasaan Pencemaran Air Sungai Kelantan di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. Nikmat sungai yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada negeri ini merupakan satu nikmat yang sangat besar. Sungai Kelantan merupakan nadi kehidupan yang penting, sumber air minuman dan sumber rezeki kepada […]

Subscribe US Now