Kelantan laksana 33 program berkebajikan

SEHINGGA sekarang terdapat sebanyak 33 program berkebajikan yang dilaksanakan kerajaan Kelantan bagi membantu rakyat miskin.

Antaranya program rumah dhuafat, dividen Ladang Rakyat, skim Takaful Kifaalah, skim perkahwinan Az Ziwaaj, bantuan penyakit kronik dan projek membaiki rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, program berkebajikan dilaksanakan untuk membolehkan penduduk miskin menikmati kehidupan lebih sempurna.

Katanya, biar pun kerajaan negeri tidak mempunyai dana yang cukup namun program tetap dilaksanakan bagi manfaat rakyat.

“Dasar berkebajikan menjadi fokus utama kerajaan negeri dan diteruskan sehingga sekarang,” katanya ketika merasmikan Hari Tani Dun Wakaf Bharu di Tumpat semalam.

Turut hadir Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi; Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan pembantu khas Adun Pasir Pekan, Che Awang Che Leh.

Pada program itu seramai 400 peserta Ladang Rakyat menerima dividen sebanyak RM200 sebulan. – HARAKAHDAILY 17/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment