Kelantan lancar beca bermotor

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan mencatat satu lagi sejarah apabila memiliki beca bermotor sebagai tarikan baru industri pelancongan di negeri ini.

Sebanyak 10 beca bermotor dipasang sebagai percubaan yang diusahakan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan dengan kerjasama Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd.

Hari ini Menteri Besar mencuba beca versi baru tersebut ketika menghadiri Majlis Hari Raya Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato’ Md. Anizam Ab Rahman menaiki beca bermotor dari Kompleks Kota Darulnaim ke bangunan PMBK sebagai gimik pra-pelancaran.

Kerajaan Negeri juga tahun ini memberi bantuan sara hidup kepada penarik beca sebanyak RM 1,200 setahun bagi membantu golongan terbabit. – HARAKAHDAILY 4/7/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kempen Kelantanku Bersih

Ikuti temuramah bersama ketua aktivis/Pengarah Kempen KelantanKu Bersih, Dr Muhd Al-Aarifin Ismail. Dari mana tercetusnya kempen Kelantanku Bersih? Cetusan idea ni timbul apabila kita melihat di sana perlunya usaha bersepadu untuk mewujudkan negeri yang bersih. Rakyat Kelantan sering kaitkan dengan masyarakat yang pengotor. Walaupun kesahihan kenyataan ini masih boleh diperdebatkan, […]

Subscribe US Now