Kelantan lancar Dasar Kanak-Kanak Fikrah

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan melancar Dasar Kanak-Kanak Fitrah (DKF) yang memberi tumpuan khusus kepada pembangunan dan perlindungan kanak-kanak menurut garis panduan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi berkata, dasar berkenaan mempunyai tujuh bahagian dengan memberi tumpuan kepada pembangunan dan perlindungan kanak-kanak.

“Kerajaan negeri berharap dasar itu menjadi satu garis panduan bagi membina satu tamadun generasi soleh yang cemerlang dunia akhirat,” katanya pada pelancaran dasar tersebut di Kota Darulnaim hari ini.

Pelancarannya disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar.

Kira-kira 600 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta NGO hadir pada program yang diadakan di Dewan Teratai.

Mohd Amar pula berkata, kanak-kanak sebagai individu penting dalam pembinaan generasi akan datang perlu dijaga sebaik mungkin. – HARAKAHDAILY 28/3/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

194 Penduduk Kerilla Menerima Lot Penempatan

Tanah Merah – Seramai 194 orang penduduk Kerilla menerima lot tanah pada Majlis Pembahagian Tapak Rumah Masyarakat Ladang Kerilla di Jajahan Tanah Merah yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob kelmarin. Daripada jumlah itu, 99 orang membabitkan kaum India, 91 orang Melayu dan 4 orang […]

Subscribe US Now