Kelantan lancar Gagasan Wanita

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan menganjurkan Hari Sayyidatina Khadijah 2019 (HSK 2019) membabitkan peserta dari beberapa negara asing.

Negara terbabit termasuk Turki, Kashmir, Sri Lanka, Senegal, Sudan, Kanada, Iraq, Palestin dan Lubnan.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Media, Korporat dan Penerbitan HSK 2019 Khairiah Mohamed berkata, program itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Jun hadapan.

Katanya, pelbagai acara menarik akan diadakan antaranya perasmian HSK 2019 dan pelancaran Gagasan Wanita Kelantan.

“Wakil delegasi luar negara juga akan membentang kertas-kertas kerja pada persidangan tersebut,” katanya di sini.

Program itu akan diadakan di Hotel Grand River View, Kota Bharu di bawah kendalian Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita.

Manakala dalam perkembangan berkaitan pihak menganjur mengadakan pencarian tokoh dan ikon wanita Kelantan 2019.

Tokoh Wanita tersebut meliputi Siti Khatijah Khuwailid (keusahawanan), Siti Aisyah Abu Bakar (pendidikan), Siti Aminah Abdul Wahab (armalah), Zinnirah Al Rumiyah (orang kurang upaya).

Selain itu Zainab Khuzaimah (kemasyarakatan) dan Al Khansa Amru (kesenian).

Kategori ikon wanita pula meliputi usahawan, pendidikan, sukan, OKU, kemasyarakatan dan kesenian.

Tarikh tutup permohonan pada 5 Mei ini. Maklumat lanjut boleh hubungi Sektretariat Pencarian Tokoh & Ikon Wanita Kelantan 2019.

Maklumat lanjut boleh hubungi talian 09 747 6568 atau 019 981 3918. – HARAKAHDAILY 23/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10770-kelantan-lancar-gagasan-wanita

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pasca pelantikan Ahli Majlis Kebangsaan OKU

SEBAGAIMANA lazim, pada setiap dua tahun sekali setelah Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 diwartakan, pihak kerajaan akan melantik 10 orang sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Bagi OKU. Sepertimana sebelumnya, April 2019 telah sekali lagi menyaksikan pelantikan ahli-ahli majlis untuk tempoh dua tahun mendatang. Sering saya catatkan sejak awal, 2019 adalah tempoh […]

Subscribe US Now