KELANTAN LANTIK 20 DAIE MILLENIA

webmaster
Daie Millenia dilantik kerajaan negeri.

oleh Muhammad Arif Ismail

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan melantik 20 Pendaie Millenia (Daienia) bagi melaksanakan misi dakwah di lapangan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Zuraidin Abdullah berkata, ia merupakan salah satu usaha bagi memantapkan jati diri belia bagi membentung anasir tidak sihat.

Katanya, kerajaan negeri bimbang generasi Y atau generasi millenia tidak memahami tujuan hidup mereka, malah ramai yang terjebak dengan gejala sosial.

“Mereka diburu budaya barat dengan racun sekular, liberal dan sebagainya. Kita harap program ini menjadi satu usaha untuk memantapkan jati diri belia kita,” katanya merasmikan pelancaran program kolokium generasi millenia dan pelancaran pendaie millenia di sebuah hotel di Bandar Baharu Tunjung semalam.

Program itu dianjurkan Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes). Hadir sama Pengarah U-Bes Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin dan Pengarah Pusat Kajian Strategik (PKS), Dr Wan Nik Wan Yusoff. – HARAKAHDAILY 23/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13716-kelantan-lantik-20-daie-millenia

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

5 BLOK CARI GALI MINYAK DI PERAIRAN KELANTAN

oleh Aslani M KOTA BHARU: Biarpun ada pihak cuba mempertikaikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum, namun tanpa sedar terdapat 5 blok penggerudian minyak dan gas di perairan negeri itu. Presiden Pertubuhan R Kelantan Nazri Deraman berkata, blok terbabit iaitu Blok JDA, Blok PM3/CAA, Blok PM301, Blok PM302 dan Blok […]

Subscribe US Now