Kelantan larang main Pokemon Go

webmaster

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini melarang permainan maya Pokemon GO di semua premisnya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan akan dikenakan terhadap kakitangan kerajaan atau orang awam yang ditangkap bermain Pokemon GO di premis kerajaan.

“Sebab utama (tidak membenarkan bermain Pokemon GO) adalah faktor keselamatan. Tempat awam kami tak ada keputusan lagi tapi (tidak dibenarkan bermain) di premis kerajaan seperti Kompleks Kota Darul Naim dan pejabat majlis daerah,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco di sini hari ini. –
Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jaga hubungan dengan ALLAH

,PASIR MAS – Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mahu golongan asnaf yang menerima bantuan zakat, menjaga hubungan dengan ALLAH SWT. Yang Dipertuanya, Dr Nik Azlan Abd Hadi berkata, langkah itu bagi memastikan mereka sentiasa diberikan rahmat dan perlindungan daripada sebarang musibah. “Saya lihat perkara ini perlu diberikan […]

Subscribe US Now