KELANTAN LATIH 40 PENDAKWAH ORANG ASLI

Ustaz Mohd Nassurudin Daud menyampaikan sijil kepada pendakwah Orang Asli.

Oleh Muhammad Arif Ismail

KOTA BHARU: Kelantan berjaya melatih seramai 40 Orang Asli sebagai pendakwah yang tinggal bersama komuniti mereka di kawasan pedalaman.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 100 tenaga pengajar dalam kalangan Orang Asli.

Katanya kerajaan negeri menyedari usaha untuk melatih pendakwah dari kalangan kaum terbabit mempunyai kewajarannya supaya gerak kerja dakwah lebih lancar.

“Kita hendak menyampaikan dakwah kepada mereka sukar sebab itu kita latih pendakwah daripada kalangan Orang Asli sendiri, kita beri pendidikan agama sehingga ada yang mampu menjadi imam.

“Mereka juga memahami bahasa dan budaya sendiri jadi ia lebih memudahkan tugas dakwah kepada komuniti Orang Asli,” katanya selepas merasmikan majlis Mahrajan Amal Islami Mualaf peringkat negeri di Kompleks Balai Islam Lundang di sini semalam.

Hadir sama Imam Besar Majlis Agama Islam Kelantan Ustaz Muhammad Hana Pizi Abdullah dan Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Dr Hasnan Ramli. –HARAKAHDAILY 16/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11955-kelantan-latih-40-pendakwah-orang-asli

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment